Ingin menguasai adobe photoshop?
Ramai di antara kita mempunyai keinginan untuk menguasai adobe photoshop.untuk mencapai level yang tinggi agak sukar kerana memerlukan kreativiti&masa yang lama untuk melakukannya.masa kini ramai yang tahu mengggunakannya walaupun sedikit.kali ini saya akan tunjukkan beberapa link tutorial adobe photoshop yang agak advance yang mana mungkin dapat membantu perkembangkan lagi idea anda.berikut adalah link-link tersebut:
http://psd.tutsplus.com/
http://www.good-tutorials.com/
http://www.photoshoplady.com/

bagi yang tidak mempunyai pengetahuan dalam adobe&ingin belajar,anda boleh dapatkan e-book adobe ini dengan harga RM30 dengan saya.harga ini jauh lebih rendah dari yang terdapat di kedai.tapi kena tunggu dulu sebab sekarang masih lagi dalam proses menghasilkannya. =)
Sembunyikan icon di start menu
Sesetengah icon di start menu seperti "search"&"run" hilang kerana virus.tahukah anda,sebenarnya icon start menu boleh dibuang tanpa menjejaskan aplikasi tersebut.
untuk membuang icon di panel sebelah kanan,klik kanan di taskbar;properties>start menu>customize>advance.
tick "don't display this item" untuk membuang icon tersebut dari start menu.sekiranya anda ingin icon itu wujud semula,pilih display.

untuk icon dari all program pula,boleh delete dengan klik kanan.ape yang anda delete adalah shortcut sahaja,bukan aplikasi.jadi usah risau.cuma mungkin tidak dapat add semula apabila sudah delete sekiranya tidak mengetahui dimanakah sumbernya.
Perisian Mengembalikan Fail Yang Terpadam
Dipetik dari "www.azumass.com" . Oleh pak_aen

1. Recuva

Recuva sebenarnya singkatan bagi “recover” dimana ia satu perisian percuma yang dibangunkan oleh Priform. Ia boleh dgunakan pada Windows Vista, XP, 2003, 2000 dan 98. Perisian recuva iini bukan saja dapat mengembalikan fail pada cakera keras malah ia juga dapat mengembalikan data yang terpadam dari flash/USB drive, kad memori atau pemain mp3.

Anda boleh mencari mengikut jenis - jenis data seperti gambar, audio atau dokumen. Ia merangkumi semua jenis fail termasuk mp3, wma, wmv, rtf, url, doc,xls, ppt, vsd, tiff, jpg and png.Ia juga boleh dicuba dengan kaedah carian cepat [ fast scan ] atau carian mendalam [ deep scan ] . Dengan kaedah carian mendalam fail akan dicari dengan meluas.

2. PC Inspector File Recovery

PC Inspector File Recovery juga sejenis perisian mengembalikan data. Ia digunakan untuk sistem fail FAT 12/16/32 dan NTFS. Pada sistem fail FAT, perisian ini akan mencari pembahagi [ partitions ] secara sendiri, samada boot sector atau FAT itu sudah dipadam atau rosak.

3. File Recovery Professional

File Recovery Professional boleh mengimbas dan mencari partition yang hilang, boot sectors dan komponen sistem fail. Ia juga boleh mengesan drives yang tidak kelihatan pada Explorer. Antaramuka perisian ini senang digunakan dan ia dibangunkan untuk mencari fail dengan lebih mudah.

File Recovery Pro ini boleh mengembalikan data dari

  • Partitions yang hilang atau terpadam
  • Pemasangan [ Installations ] mempunyai masalah.
  • Fail yang diserang virus yang dipadam
software untuk penjagaan windows
Windows juga perlukan penjagaan yang rapi untuk pastikan ia sentiasa 'sihat'.oleh itu kita perlu selalu lakukan maintanance pada windows.dibawah ini saya senaraikan beberapa perisian(software) yang saya dapati bagus untuk kesejahteraan komputer.

1- TuneUp Utilities
software ini merangkumi banyak benda menarik yang mana disamping maintain windows,ia juga meningkatkan kelajuan&kecekapan windows.saya selalu syorkan klien saya menggunakan software ini.bagi anda yang rajin explore,lihat 1 persatu tiap itemnya untuk optimumkan prestasi.bagi pengguna biasa,cukup sekadar melakukan "1-klik maintenance" untuk maintainance.bagi anda yang selalu sibuk&terlupa,software ini secara automatik akan lakukan maintanance untuk anda seperti mana yang dijadualkan.

2-CCleaner
software ini menghapuskan data yang tertinggal di browser, Recycle Bin, folder Temporary files, registry dan juga aplikasi pihak ketiga yang tidak perlu. ia dapat memberikan anda kapasiti penyimpanan yang lebih besar kerana membuang 'sampah' yang tak perlu,membantu komputer anda berjalan dengan baik dan melindungi maklumat anda. oleh kerana ia membersih,maka ia akan hilangkan juga history ape yang anda taip di alamat URL.sekiranya anda ingin alamat URL yang anda taip itu tidak hilang,jangan tick di kotak tertentu disebelah kiri.

3-spybot-search & destroy
Walaupun anda sudah menggunakan antivirus yang terbaik, komputer anda berkemungkinan masih mempunyai malware(malicious ware). software ini dapat menyingkirkan spyware, adware, dialers, keyloggers dan Trojan. Spybot-S&D juga dapat melindungi history di browser.bagi mereka yang selalu masuki laman web sosial(friendster,flixter dsb) dan youtube,anda perlu install software ini kerana hacker banyak mengambil kesempatan dilaman web seperti itu.

sebenarnya masih ada lagi perisian yang diguna untuk penjagaan windows seperti registry mechanic dan sebagainya.yang saya senaraikan diatas lebih mesra pengguna.registry mechanic tidak sesuai untuk pengguna yang kurang arif komputer.mungkin item windows akan ter'clean' secara tidak sengaja dan meng'corrupt'kan windows.
penjagaan bateri laptop
1. Jangan sekali-kali menggunakan bateri dengan charger laptop yang tidak sesuai.

2. Jangan gunakan laptop di pangkuan paha, atas karpet@sebarang permukaan lembut kerana ia akan menghalang aliran udara di bahagian bawah notebook dan menyebabkan overheating.

3. Jangan letakkan laptop di tempat yang boleh terkena sinaran matahari secara langsung seperti di tepi tingkap.
Cara elak virus masuk komputer melalui pendrive
kaedah ini adalah dengan mendisablekan autorun dari pendrive.
caranya adalah:
klik start>run.taip "regedit".lepas tu OK
apabila keluar registry,cari: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Policies\Explorer.
Buat key baru dengan Klik kanan > New > DWORD Value, beri nama : NoDriveAutoRun.
sekiranya dah ada,tak perlu lagi create.
Double klik untuk mengisi data. Pilih Base:Decimal dan isikan Value data dengan 67108863.
lakukan juga kat; HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Policies\Explorer.
bila selesai,restart komputer.
  • bual-bualan


    ShoutMix chat widget

    Sertai

    pengunjung

    Tentang diriku

    My photo
    Menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia,Ijazah Pengurusan Perniagaan.